Bahasa MalaysiaEnglish
Apa itu SMS Profit? Biar kami fahamkan anda bagaimana ia berfungsi.
Ingin berdaftar bersama kami? Lihat mekanisma mendaftar bersama SMS Profit.
Ruangan Muat Turun. Lengkapkan komputer anda dengan aplikasi dari SMS Profit.

 
 

   Syarat & Terma

 
 
Sebelum anda menyertai program ini, anda perlu mematuhi dan mempersetujui syarat dan terma sms.profit.
  1. sms.profit sebagai sebuah perniagaan yang memperdagangkan SMS dan anda yang layak akan menjadi sebahagian daripada komuniti sms.profit dengan mempromosikan produk SMS melalui website yang diberi percuma.

  2. sms.profit berhak untuk mengubah, memindah, menambah, menghentikan sebarang perkhidmatan website ini tanpa sebarang notis.

  3. Setiap individu hanya dibenarkan mendaftar 1 akaun sahaja. Pendaftaran yang menggunakan maklumat yang salah dan palsu seperti email nama atau no telefon bimbit akan di sekat.

  4. Keahlian hanya untuk mereka yang telah melanggan perkhidmatan SMS sms.profit sahaja. Tiada had umur dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Selain warganegara Malaysia hendaklah yang berdaftar dan boleh dihubungi untuk pembayaran komisyen.

  5. Anda berhak untuk mengiklankan, mempromosikan website anda untuk membolehkan anda menerima komisyen. Penghantaran email SPAM adalah dilarang sama sekali. sms.profit tidak bertanggungjawab keatas tindakan yang dikenakan disebabkan email spam yang anda hantar.

  6. Anda hendaklah mempromosikan website anda sebagai satu kemudahan SMS yang menawarkan program penajaan. Anda dilarang mempromosikan website anda sebagai satu peluang pendapatan semata-mata.

  7. sms.profit tidak teragak-agak untuk mendakwa atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya terdapat pihak yang melabelkan perniagaan ini sebagai skim cepat kaya, skim piramid dan sebagainya demi untuk melindungi perniagaan ini dan semua ahli program penajaaan ini.

  8. Sebarang kenyataan yang bertujuan mengecam dan memburukkan nama perniagaan ini secara umum tanpa merujuk terlebih dahulu kepada sms.profit adalah dilarang. Keahlian anda akan disekat sekiranya anda bertindak demikian. Sebarang masalah mestilah dirujuk kepada sms.profit terlebih dahulu melalui laman rasmi sms.profit.

  9. Anda juga berhak untuk menuntut bayaran komisyen apabila melepasi had minima yang telah ditetapkan.

  10. sms.profit tidak bertanggungjawab keatas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh program ini.

  11. 27 Januari 2007  Penggunaan sistem sms ini adalah semata-mata untuk tujuan promosi perniagaan, persendirian, persahabatan, serta apa jua tujuan yang berniat baik dan tidak menyalahi undang-undang. sms.profit tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan sms ini oleh ahli-ahli, melakukan penyebaran sms berunsur fitnah, lucah, perkauman, atau apa jua yang menjadi kesalahan kepada pihak kerajaan dan undang-undang negara.

  12. 27 Januari 2007  sms.profit berhak untuk mendedahkan identiti ahli-ahli yang menyeleweng atau melanggar syarat dan terma kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis atau pihak berkuasa yang berkaitan.

  13. 27 Januari 2007  Berikut adalah perkara dilarang semasa proses penghantaran SMS
    • Nama pengirim menyerupai/mewakili syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi ataupun lain-lain.
    • Nama pengirim tidak berbentuk lucah, perkauman, atau apa jua yang dilarang oleh undang-undang negara ini.
    • Isi kandungan SMS yang dihantar tidak boleh berundur fitnah, lucah, perkauman, atau sesuatu ayat/perkataan yang dilarang oleh undang-undang negara ini.


  14. sms.profit berhak untuk menahan atau menyekat keahlian anda sekiranya anda melanggar terma dan syarat diatas tanpa sebarang notis.



Lanjutan kepada Syarat & Terma

Berikut merupakan data dan maklumat penting pengguna.
  • Kepada pengguna baru, sila baca halaman Soalan Lazim untuk dapatkan soalan lazim.
  • Katalaluan: Untuk keselamatan, pengguna diminta untuk memastikan kata laluan dan katanama anda tidak terlepas kepada orang lain.
  • Email: Kami akan menggunakan maklumat yang diberikan sebagai maklumbalas bagi menyampaikan maklumat yang berkaitan kepada anda.
  • No Telefon Bimbit: Kami akan HANYA menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan sistem melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang akan dihantr kepada anda melalui no telephone yang anda berikan kepada kami.
  • Segala data peribadi anda tidak akan diguna dan dipaparkan untuk kepentingan peribadi.
 
 
SMS Profit    Tentang Kami    Soalan Lazim    Hubungi Kami    Sembang    Artikel

Pemasaran    Sambungan    Harga Pakej    Info Bayaran    Privasi    Syarat & Terma    Perjanjian Pengguna
2005 - 2008 © www.smsp.biz. Hakcipta Terpelihara.
Bahasa MalaysiaEnglish
www.smsprofit.biz